Wednesday, September 16, 2009

Assalamualaikum wbt...

Agaknya dah hampir nak berabuk blog aku ni tak dak dgn post terbaru...

Anyway... di kesempatan ini...aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua sanak saudara sahabat handai rakan dan taulan serta semua umat di muka bumi Allah ini yang mengenali aku.

Ku Susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki sekiranya ada terkasar bahasa terlebih gurau atau apa saja.


Buat Mak dan Ayah yang tersayang,

Pak Tam Aris kat KL,
Pak Njang kat Sedaka,
Mak Ndak Kat Kampar,
Mak Ngah kat Gurun,
Mak Lang kat Pendang,
Pak Tih kat Kedah,


dan juga semua keluarga sebelah bini aku...


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI




Buat semua yang telah pergi...
Al-Fatihah
Kehilangan kalian amat dirasai... Sesungguhnya Allah lebih menyayangi kalian semua.

Sunday, August 2, 2009

Malaysia VS Manchester United

Pada tanggal 18 Julai 2009...
Akhirnya termakbul juga hajat aku untu melihat team MU kat bumi Malaysia ni.
Walaupun Malaysia tewas... aku enjoy. Sekurang-kurangnya permainan yang ditunjukkan oleh skuad kebangsaan tidak mengecewakan. Mungkin setiap orang ada pandangan yang tersendiri... Mungkin juga MU tidak memberi 100% permainan mereka yang sebenar... tak kisah la... Syabas Malaysia.


Geng2 aku yang ke Bukit Jalil

Sesak... Nak masuk ke dalam stadium.


Pukul 3.00 pm dah masuk...
game start pukul 5.30 pm.


Antara reaksi penyokong MU


Anjing pengesan bom


Aku tak nafikan Cristiano memang hebat. Ketiadaannya memang dirasai...
tapi aku percaya... Fergie mesti ada backup plan.


Steady bro...



Stadium mula dibanjiri umat manusia...




Permainan bermula...


Permainan tamat.
Malaysia 2-3 Manchester United


Alahai Melaka...

Assalamualaikum wbt...
Untuk kesekian kalinya aku menjejakkan kaki ke bumi Melaka ini...
Terlalu banyak benda yang telah berlaku... Alhamdulillah kini semuanya kembali reda.
Apa pun segala yang berlaku telah menjadi satu pengajaran kepada aku. Memang aku akui kita sebagai manusia tidak boleh terlepas dari sikap kealphaan.

Walau apa pun yang berlaku... semuanya terletak pada diri sendiri untuk menentukan baik dan buruknya. Sendiri mau ingat la. Peace.


Simbol Negeri Melaka

Naskah Al-Quran tulisan tangan


Alatan untuk pekena candu... paipon


Otai-otai SMK Bagan Jaya



Lagi simbol atau daya tarikan kat Melaka



Aku pun tak tau apa yang istemewanya dengan air pancut ni.
Aku tengok ramai je orang amik gambar benda alah ni.



Menara Taming Sari


View dari atas Menara Taming Sari


Pokok yang memberi ilham kepada Parameswara di mana terbentuknya sebuah negeri yang diberi nama Melaka.


Saturday, July 25, 2009

Mengukir Bahagia...

Assalamualaikum..

Lagi 2 hari..anniversary yg ke 8..pertemuan pertama dengan my wife
erm..tak sangka..cinta pandang pertama..
akhirnya cinta kami menjadi satu
Alhamdulillah..thn ni dah masuk thn kelima perkahwinan kami..
dikurniakan dgn sepasang cahayamata..

Namun perjalanan masih panjang
masih byk yg perlu belajar dlm membina istana bahagia ni..
kdg2..kita tak sedar atau terlalai..mungkin jugak alpa..
terlalu selesa dgn rmhtga yg sentiasa tenang tanpa gelora..
apa2 pun kena hati2..jujur dgn pasangan..
jgn beri ruang wlu sedikit pun
kepada org lain untuk cuba menghancurkan kebahagiaan kita..

oklah..saja nak kongsi2 sedikit tip yg aku cilok..hehe.
smoga kita sama2 dapat membina kebahagiaan dlm rmhtga..

8P Tip kebahagian rumahtangga

1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Ust. Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga," katanya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Renung renungkan...dan selamat beramal...

Wednesday, July 15, 2009

Permata untuk isteriku...

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan

Kerana kau isteriku..

Wednesday, July 1, 2009

Pameran Seni Lukis Pelajar-pelajar Malaysia - Jepun

Assalamualaikum wbt...
Akhirnya selesai jugak tugasan aku untuk hari ni... Walaupun rasa ralat skit cuz bos aku tak dapat nak hadirkan diri.

To Bro Shidi...
Takziah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya.

Anyway...sepanjang tugasan ni... aku telah belajar sesuatu...
Pada aku... leceh nak handle benda2 yang bersangkutan dengan protokol ni. Semua benda mesti nak perfect. Mungkin itu dah jadi cara kita kat Malaysia ni nak sambut orang2 besar. Kalau nak bandingkan dengan orang putih... aku rasa depa lagi simple. Itulah hakikatnya. Apa pun aku hormati semua tu. camanapun aku bangga jugak... dengan adat yang kita masih ada ni la... membuatkan kita berbeza dengan depa.

Aku cuba bandingkan dengan Bagan Jaya...
Muhahaha... just simple and steady. Luv Bagan Jaya.



I like this pic...


Semakin pupus...



Kreatif...





Sayu je tengok gambar ni...
Seperti penantian yang tiada kesudahan.



Salah satu lukisan dari pelajar Jepun.



Dancing...


T.Y.T Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas
D.M.K., S.M.N., D.U.P.N., S.P.D.K., D.P., D.M.P.N., D.J.N.
Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Aku memang tak reti nak nilai gambar2 ni...
Pada aku bebudak ni memang berbakat dan kreatif.
Apa pun aku sukat tengok gambar2 nih.

Sunday, June 28, 2009

Lagenda Budak Setan


Lagenda Budak Setan..... Katerina.... Lagenda Berakhir.....fuhhh.....novel berhantu yang penah aku miliki.... and masih dalam simpanan aku sampai skang......mule2 jus ada Budak Setan 1,2 n 3 je....when Ahadiat Akashah compilekan skali....aku beli lagi novel tuh...kaler biru keungu-unguan....yang lagi satu versi kertas kuning pun ader gak....betapa fanatiknye aku ngan citer Ahadiat yang satu nie.....mule2 aku malas je nak layan....sebab tak tau tahap kebes'annya.......aku kenal novel nie pun dari kawan lelaki aku...siap kutuk dier be4 aku bace........but when aku dah bace......argh.....serius...aku memang dah masuk lam citer penuh lagenda nie...x tau la pegang watak ape...yang pasti aku dapat bayangkan ia dalam keadaan yang sebenar...betapa indahnya garapan novelis terkemuka nie...mampu membawa pembaca sama2 menghayati kesengsaraan n penderitaan Kasyah...dan betapa setianya Kasyah kepada orang yang dicintainya...uhuk...uhukk.....Im really impress wif dis novel...Bermula dengan perangai Setan Kasyah di zaman sekolah...C.I.N.T.A.....telah menukarkan Kasyah menjadi pencita agung.....menemui cinta hati bernama Ayu...menganyam impian bahagia bersama...menyulam rindu berdua....aku masih ingat betapa sukarnya Kasyah di saat dia berduka..Betapa bahagianya Ayu dapat memiliki Kasyah biarpun seketika...betapa comelnya Athirah buat hati Kasyah..bukti cinta Ayu dan Kasyah...Begitu juga dengan Kate........Insan yang terlalu mengharap dapat memiliki Kasyah selepas Ayu...Along, Mak, En Sophian...n etc...Every character.....mmg mengkagumkan aku.....and then I am addicted to know what will happen next.....den...muncul Novel Katerina......kalo x salah aku...time tuh I was 18 years old.......all about Kate....Kate yang cuba mencuri hati Kasyah.....walaupun Kate tahu ayahnya itu x kan beri peluang..tok Kasyah menjejakkan diri sebagai menantu di rumah besar itu...!!!






lama aku tunggu pengakhiran citer duka nie.......lambat sangat aku rase......Last skali...Lagenda Berakhir....cam sedih lak.....aku beli kat Kedai Buku Jalan TAR...act..just drop by..tetiba ternampak plak novel...trus beli....tapi ramai pembaca x setuju sangat nga pengakhiran citer nie...urmh...dunno y....but Ahadiat Akashah......u're really wonderful...!!




Love 2 read novels from U........
Tak sabar aku nak menunggu projek Lagenda Budak Setan ni kat layar perak... walau pun aku jarang2 g tengok citer melayu kat panggung wayang... tp kali ni lain skit la... hehehe

Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Bapa.

Buat pertama kalinya... dalam hidup aku...

Terima kasih ayah...

Segala pengorbanan yang ayah telah berikan... tak mungkin dapat kami balas.


Happy Father's Day.

Now I'm reallize how tough to be a father...

Thursday, June 4, 2009

Glory...Glory...Manchester United

Assalamualaikum wbt...
Agak lama aku tak update blog ni...
Rindu plak rasanya... apakan daya.. kesibukan telah membataskan pergerakan aku untuk bersuka ria. Apa pun aku ada sedikit story yang aku nak kongsi dengan hangpa semua. Kira sifat riak dan angkuh pun ada la jugak. muahaha.

Citer pun tak guna la... Hangpa tengok la sendiri...


Awal bulan 6... aku ke tempat ni dengan satu tujuan...
aku nekad... apa pun yang terjadi aku mesti dapatkan jugak benda alah tu...

Aku teruskan perjalanan ke tempat ni plak... Nasib aku memang baik...
Sampai je aku kat sini... tempat ni baru buka.


Apa lagi... aku pun terus mintak apa yang terbuku kat hati...
Banyak keping tu bro...



Oooo... tak nampak yeee...
Tak pa...aku close up bagi jelas skit...



Huhuhu... best... best...
Akhirnya... misi aku berjaya jugak.
Buat member2 yang mengenali diri ini... jangan marah bro...
Apa2 hal kita jumpa kat Bukit Jalil...
Aku konpius la... nak pakai baju setan merah atau baju malaysia.
Susah2 aku pakai baju kedah jek...




Sunday, May 24, 2009

Happy Birthday... Sweetheart.


2009...
Banyak perkara yang telah aku lalui dalam tahun ini...
Dalam meniti usia yang semakin meningkat... setiap pengalaman telah mengajar aku erti kematangan dalam membuat keputusan.
Terima kasih untuk segalanya... pengorbanan yang telah engkau curahkan tak mungkin dapat ku lupakan sehingga ke akhir hayat.
Selamat Hari Lahir...

1 Rose - Love at the first sight; you are the one
2 Roses - Mutual love between both, deeply in love with one another
3 Roses - I love you
6 Roses - I wanna be yours
7 Roses - I'm infatuated with you
9 Roses - An Eternal love, together as long as we live
10 Roses - You are perfect
11 Roses - You are my treasured one; the one I love most in my life
12 Roses - Be my steady
13 Roses - Secret Admirer
15 Roses - I am truly sorry, please forgive me
20 Roses - Believe me, I am sincere towards you
21 Roses - I am devoted to you
24 Roses - Can't stop thinking about you, 24 hours everyday
33 Roses - Saying "I love you" with great affection
36 Roses - I will remember our romantic moments
40 Roses - My love for you is genuine
50 Roses - Regretless love, this is
99 Roses - I will love you for as long as I live
100 Roses - Harmoniously together in a century; remaining devoted as couple till ripe-old age
101 Roses - You are my one and only love
108 Roses - Please marry me!
365 Roses - Can't stop thinking about you, each and everyday
999 Roses - Everlasting and Eternal love

Wednesday, May 20, 2009

From Penang to Malacca

Assalamualaikum wbt...
Untuk kesekian kalinya...
Trip kali ni adalah ke Negeri Melaka... Bandaraya Bersejarah. Walaupun aku ke Melaka kali ini atas urusan kerja... sempat jugak la aku amik 2-3 keping gambar... macam tak best je ek. Apa pun tak kisah la. Aku taruk je la dalam blog ni.

Actually ni kali ketiga aku ke Melaka... 1st time aku ke melaka... ikut rombongan sekolah. hehe. Banyak perubahan yang telah berlaku.


Salah satu monumen kat dalam sebuah pasaraya... aku pun tak pasti apa namanya tapi betul2 kat depan Mahkota Parade

Apa benda ek...aku rasa macam tinggalan kubu masa perang dulu je... kalau salah fakta jangan marah ek. Yang aku tau Melaka kena serang dengan Portugis tahun 1511.


Kincir Air...


Eye of Malaysia... jauh je gambarnya.


Aku rasa bahtera ni adalah salah satu simbol sejarah kat Melaka ni... Apa pun kesimpulannya pada aku Penang is still the best. Hehehe.

Tuesday, May 19, 2009

Aku, Dia & Volkswagen

Assalamualaikum wbt...
Agak lama aku tak update dengan post yang baru...
So... dalam keadaan yang ala-ala jiwang ni... aku terlihat la gambar si zurina ni kat blog ubi. Apa lagi aku rembat je la. Pada aku citer ni best. Pandai si ubi ni bermain dengan emosi pembacanya. memang aku minat gila citer ni satu ketika dulu. aku harap ubi akan ada dengan projek terbarunya.

Ntah la... tak jemu tengok watak si zurina ni... sweet babe. hehehe. mungkin juga kisah ni cam ada iras-iras perjalanan hidup aku. Sebab tu dapat feel lebih...cheewah. Apa pun layan la gambar zurina yang aku rembat dari ubi ni

zurina sketch

zurina colour

Buat teman yang mengerti....
Damai hati terang sudah
Perjalanan yang kita
Harung bersama
Pasti engkaukan bertanya
Apakah kita ini dijadi untuk mencari
Erti ikatan yang seakan dijanji
Kita insan yang berharapan
Engkau dan aku kasih dalam gelombang
Derita ku hanyalah semalam
Kau sentuh hatiku dan menggegarkan
Kemarau hiba telah ku bendung
Rampaian kasihku di danau hati rindu
Berdendang dan menari lagu kita
fromSALAtoPENANG © 2008. Free Blogspot Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is Edited and brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates