Saturday, July 25, 2009

Mengukir Bahagia...

Assalamualaikum..

Lagi 2 hari..anniversary yg ke 8..pertemuan pertama dengan my wife
erm..tak sangka..cinta pandang pertama..
akhirnya cinta kami menjadi satu
Alhamdulillah..thn ni dah masuk thn kelima perkahwinan kami..
dikurniakan dgn sepasang cahayamata..

Namun perjalanan masih panjang
masih byk yg perlu belajar dlm membina istana bahagia ni..
kdg2..kita tak sedar atau terlalai..mungkin jugak alpa..
terlalu selesa dgn rmhtga yg sentiasa tenang tanpa gelora..
apa2 pun kena hati2..jujur dgn pasangan..
jgn beri ruang wlu sedikit pun
kepada org lain untuk cuba menghancurkan kebahagiaan kita..

oklah..saja nak kongsi2 sedikit tip yg aku cilok..hehe.
smoga kita sama2 dapat membina kebahagiaan dlm rmhtga..

8P Tip kebahagian rumahtangga

1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Ust. Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga," katanya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Renung renungkan...dan selamat beramal...

Wednesday, July 15, 2009

Permata untuk isteriku...

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan

Kerana kau isteriku..

Wednesday, July 1, 2009

Pameran Seni Lukis Pelajar-pelajar Malaysia - Jepun

Assalamualaikum wbt...
Akhirnya selesai jugak tugasan aku untuk hari ni... Walaupun rasa ralat skit cuz bos aku tak dapat nak hadirkan diri.

To Bro Shidi...
Takziah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya.

Anyway...sepanjang tugasan ni... aku telah belajar sesuatu...
Pada aku... leceh nak handle benda2 yang bersangkutan dengan protokol ni. Semua benda mesti nak perfect. Mungkin itu dah jadi cara kita kat Malaysia ni nak sambut orang2 besar. Kalau nak bandingkan dengan orang putih... aku rasa depa lagi simple. Itulah hakikatnya. Apa pun aku hormati semua tu. camanapun aku bangga jugak... dengan adat yang kita masih ada ni la... membuatkan kita berbeza dengan depa.

Aku cuba bandingkan dengan Bagan Jaya...
Muhahaha... just simple and steady. Luv Bagan Jaya.



I like this pic...


Semakin pupus...



Kreatif...





Sayu je tengok gambar ni...
Seperti penantian yang tiada kesudahan.



Salah satu lukisan dari pelajar Jepun.



Dancing...


T.Y.T Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas
D.M.K., S.M.N., D.U.P.N., S.P.D.K., D.P., D.M.P.N., D.J.N.
Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Aku memang tak reti nak nilai gambar2 ni...
Pada aku bebudak ni memang berbakat dan kreatif.
Apa pun aku sukat tengok gambar2 nih.

fromSALAtoPENANG © 2008. Free Blogspot Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is Edited and brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates