Tuesday, April 21, 2009

XPDC Bukit Langkap

Assalamualaikum wbt...
Setelah agak lama menyepi... hari minggu yang lalu...adik ipaq aku tepon bagitau ada ekspedisi berbeskal... so aku pun apa lagi... "on" aje la. Sebenarnya dah banyak kali gak dia dok ajak tapi timing waktu tak kena... Kira gian jugak lelama tak kayuh beskal ni... setakat dok pusing taman yang aku dok ni... dah kira macam tak berapa nak mencabar.

OK... kali ni aku ke Bukit Langkap... Mulanya ingat tak ramai... sekali bila aku sampai kat port pengumpulan ahli2 berbeskal ni... mak aihhh... ramai gilerr. Agak aku dekat 20 orang lebih. Ada jugak muka2 yang ku kenal... yang lain tu... mintak mahap le... aku ni baru setahun jagung... tak sempat nak suaikenal lagi. Kebanyakkan yang ada ari tu kira dah tahap otai2. Stamina tak payah citer la. Selamber je aku tengok depa henjut naik bukit. Aku punya prinsip... slow and steady. Biar lambat... yang penting aku bleh abihkan mission ni.

Ekspedisi kali ni juga telah menyebabkan rantai beskal aku putus... nasib baik geng2 yang pi skali dengan aku ni ada tools yang dasat2. kagum betul aku degan depa ni. Preparation tip top. Kalau tak frust jugak aku... suku jalan pun belum, takkan dah nak kena pusing balik. Apa2 hal pun semuanya berjalan dengan lancar.

So tak payah la aku citer panjang2... layan je la gambar yang aku ada ni. Adios.


Baru sampai dekat port pengumpulan ahli2 berbeskal

Proses pemasangan beskal



Bermulalah kayuhan Bukit Langkap



Belegar2 sebelum henjut nak naik bukit (stage 1)



Mie (adik ipaq aku) mula henjutt



Berjaya jugak mamat ni...



Hampeh betoi... dah dekat nak sampai... lost control plak



Lepak sat sebelum nak panjat stage kedua



Walaupun penat... muka kena senyum



Antara view dari atas Bukit Langkap



Lepas turun dari atas bukit... redah kebun getah pulak



Lepak sementara menunggu member2 yang belum sampai



Success... success...



Akhirnya sampai jugak... macam besa la... aktiviti perelai beskal la pulak


Kita minum dulu...


I'll face myself to cross out what i’ve become
Erase myself and let go of what i’ve done


Sunday, April 19, 2009

From Penang to Sedim Eco Theme Park & Resort, Kulim

Assalamualaikum wbt...
Seperti kebiasaannya... perjalanan aku kali ini ke Sedim Eco Theme Park & Resort, Kulim.
Trip kali ni adalah atas urusan kerja... perkembangan staf tempat keje aku... Pada aku...tak kisah la urusan apa pun... janji bleh pi jalan2 tengok tempat orang.

Kat Kulim ni banyak tempat percutian yang menarik... salah satunya kat sedim ni la. Satu lagi yang spesel kat sedim ni adalah The Tree Top Walk. Senang cakap macam jambatan gantung la. Kalau tak salah aku... terpanjang kat asia ke dunia??? Nanti la aku check balik.

Kat sedim ni jugak... kalau ada kaki2 yang minat nak main kayak melawan arus deras... aku rasa kat sini sesuai... Dengar kata extream la jugak. Sapa2 yang berminat bleh la mai dan tengok sendiri... macam promote plak.


Aku bersama dengan Chip

Bro Tat, Bro Matt dan aku


Berjalan menuju ke Top Tree Walk

Apa2 hal..amik gambar dulu


Dalam banyak2 ni... yang kat depan (duduk) baju kaler kelabu tu kira saingan aku la.


Sekali aku tengok... dah macam panca sitara plak.


Apsal la depa bagi saingan aku dok kat belakang skali... nampak kepala ja. heheh


Adios... Peace Bro...


Akhir kata... Buat semua teman2... ku susun sepuluh jari pohon ampun dan maaf seandainya ada yang terqhentak hati. Cuma sekadar gurauan semata-mata. Especially to Bro Mat Bree... jangan marah bro... adik setahun jagung melawak saja. Ada peluang kita race lagi.

Saturday, April 18, 2009

Trip Ke Rumah Baru

Assalamualaikum wbt...
Rasa teruja melihat pembangunan rumah aku yang aku kira dalam 80% pembinaannya...
Mungkin dah rumah sendiri kot... sebelum ni asyik menyewa je...
Tak sabar rasanya nak tunggu siap... Dalam kepala hotak ni dah plan macam2... tapi kena tengok budget jugak la... Orang cakap nak masuk rumah baru ni kena ada riban2 jugak...
tengok la nanti camna...

Sebenarnya aku just nak share gambar2 progress rumah aku... Dari Ladang kelapa saawit.. pastu depa tebang... buat lot satu2 untuk setiap jenis umah... banyak jugak la proses sebelum siap sebijik umah... Takut pun ada gak masa belum nampak rupa umah tu... biasa la.. sekarang ni macam2 hal... kes developer tipu la...

Alhamdulillah... setakat ni nampak cam ok la. Aku doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar.


Baru nampak rupa rumah dari sudut luaran la

View dari kawasan tepi rumah


Ni pulak view dari kawasan belakang rumah

Dari sudut penjuru... kira rumah aku ni kat corner la


View dari depan... masa ni mat bangla construction buat rumah ni sebagai port


Setelah beberapa bulan... dah ada nombor woo...


Padang permainan... betul2 sebelah rumah aku


Lorong depan rumah... banyak jiran2 aku esok ni


Ni kira gambar yang terkini la...


Home sweet home... bila la aku nak bleh dok ni???


This is the story of my life and I write it everyday...
I hope you're by my side when I'm writing the last page


Friday, April 17, 2009

From Penang to Genting Highlands

Assalammualaikum wbt...
Untuk kesekian kalinya... Trip aku kali ini adalah ke Genting Highlands...
Overall...aku enjoy... Maunya tak enjoy... semuanya free. Cuma bawa batang tubuh je...
Everything provided... hehehe.

Satu lagi yang menjadikan trip ni best... sebab aku lepak dengan kawan2. Apa lagi... Arbaie bujang kembali la... Lupa la jap benda2 lain yang menyerabutkan kepala hotak. Kesimpulan yang aku bleh buat... tempat ni adalah yang paling sesuai untuk orang yang nak perabih duit. Pastu untuk couple2... aku rasa port ni kira selamat la... dari pencegah maksiat. Tapi hukum Allah lu tak bleh lari beb. Muahaha.


Ini la benda yang dinamakan cable car


Salah satu panorama indah kat Genting Highlands ni


Pandai diorang buat bisnes kat atas ni... Nape la orang melayu dulu2 x penah nak terpikir???
Arena of Star...

View dari dalam bilik... First World Hotel


Muka Kekenyangan... lepas belasah maggie cup


Sebulan kat atas ni... maunya putih melepak muka...
Dok dua ari pun bleh jadi gebu....muahaha

Aku pun tak paham....
Hangpa nilaikan la sendiri...

I can't sing a love song like the way it's meant to be
Well, I guess I'm not that good anymore
But baby, that's just me...


Tuesday, April 14, 2009

Biar Jasa Jadi Kenangan

Assalamualaikum...
Buat semua teman2... walau di mana kalian berada...
aku doakan semoga kalian semua sihat dan ceria...


Aku bersama Bro Jan

Giler aahhh tengok gambar ni...
macam tak percaya aku dah jadi sama saiz macam mamat 2 orang ni...
(Take everything from the inside and throw it all away
Cuz I swear for the last time I won’t trust myself with you)


Friendship remains


Aku dan Bro Sham


Aku dan Bro Jat

"I'm tired of being what you want me to be"

Lot of Luvs


"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya mengkhianati amanah itu)".
(Surah al-Anfal: 27).




Muhammad Faris Haqeemi bin Rizuan


Nurfarisya Anaqee binti Rizuan


My Little Princess


Romeo Junior


Permata Hatiku


My Luvly Family


Sesungguhnya anak adalah anugerah Allah yang amat berharga dan besar nilainya kepada kita. Mereka adalah anugerah Allah yang perlu dididik dan diasuh sebaik mungkin, tetapi kadangkala ramai ibubapa yang terlupa dan mengabaikan tanggungjawab yang besar ini.


fromSALAtoPENANG © 2008. Free Blogspot Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is Edited and brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates