Tuesday, April 21, 2009

XPDC Bukit Langkap

Assalamualaikum wbt...
Setelah agak lama menyepi... hari minggu yang lalu...adik ipaq aku tepon bagitau ada ekspedisi berbeskal... so aku pun apa lagi... "on" aje la. Sebenarnya dah banyak kali gak dia dok ajak tapi timing waktu tak kena... Kira gian jugak lelama tak kayuh beskal ni... setakat dok pusing taman yang aku dok ni... dah kira macam tak berapa nak mencabar.

OK... kali ni aku ke Bukit Langkap... Mulanya ingat tak ramai... sekali bila aku sampai kat port pengumpulan ahli2 berbeskal ni... mak aihhh... ramai gilerr. Agak aku dekat 20 orang lebih. Ada jugak muka2 yang ku kenal... yang lain tu... mintak mahap le... aku ni baru setahun jagung... tak sempat nak suaikenal lagi. Kebanyakkan yang ada ari tu kira dah tahap otai2. Stamina tak payah citer la. Selamber je aku tengok depa henjut naik bukit. Aku punya prinsip... slow and steady. Biar lambat... yang penting aku bleh abihkan mission ni.

Ekspedisi kali ni juga telah menyebabkan rantai beskal aku putus... nasib baik geng2 yang pi skali dengan aku ni ada tools yang dasat2. kagum betul aku degan depa ni. Preparation tip top. Kalau tak frust jugak aku... suku jalan pun belum, takkan dah nak kena pusing balik. Apa2 hal pun semuanya berjalan dengan lancar.

So tak payah la aku citer panjang2... layan je la gambar yang aku ada ni. Adios.


Baru sampai dekat port pengumpulan ahli2 berbeskal

Proses pemasangan beskal



Bermulalah kayuhan Bukit Langkap



Belegar2 sebelum henjut nak naik bukit (stage 1)



Mie (adik ipaq aku) mula henjutt



Berjaya jugak mamat ni...



Hampeh betoi... dah dekat nak sampai... lost control plak



Lepak sat sebelum nak panjat stage kedua



Walaupun penat... muka kena senyum



Antara view dari atas Bukit Langkap



Lepas turun dari atas bukit... redah kebun getah pulak



Lepak sementara menunggu member2 yang belum sampai



Success... success...



Akhirnya sampai jugak... macam besa la... aktiviti perelai beskal la pulak


Kita minum dulu...


I'll face myself to cross out what i’ve become
Erase myself and let go of what i’ve done


0 comments:

Post a Comment

fromSALAtoPENANG © 2008. Free Blogspot Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is Edited and brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates